Showing posts with label Mujahadah. Show all posts
Showing posts with label Mujahadah. Show all posts

Sunday, 25 December 2011

Bolehkah Aku Kecewa??


Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa ?
Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)
 
.Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melain
kan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286
.
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur’an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur’an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)
 

Sunday, 11 December 2011

Salah SiApa???



Allah!!!, entah mengapa ungkapan itu terbit tiba-tiba dari lidahku, mungkin inilah yang dikatakan fitrah seorang hamba yang memang tidak berdaya dan sentiasa mengharapkan limpahan kekuatan dan keinginan dalam meneruskan perjuangan yang semakin hari ku lihat semakin sukar.

Memang sejak kebelakangan ini hatiku membentak tentang tugasan yang padat menghujani aku satu persatu.

Jiwa yang dulunya tampak gagah kini meronta-ronta untuk dilepaskan dari segala bebanan ini.

Bukan aku tak mahu, tapi entahlah inilah kali pertama aku merasakannya dan semangatku kian padam dan semakin menghitam.

Salah Siapa

Hari demi hari yang aku lalui kini semata-mata menyalahkan orang lain diatas perasaanku yang kacau bilau ini.

Tetapi yang menghairankan, semakin banyak aku menyalahkan orang lain, semakin aku gelisah.

Seperti ada sesuatu yang mengatakan bahawa ia semua salahku sebenarnya.

Aku makin keliru, tujuanku baik untuk membantu agama Allah, tapi kenapa jiwaku membentak sebegini rupa?

Aku teringat kata-kata seorang ustaz yang pernah memberikan kuliah sewaktu bertamrin dulu.

"Islam ini agama yang terbaik, ganjarannya menegakkannya juga adalah yang terbaik, nescaya perkara yang berkualiti dan terbaik itu mestilah ada mahar yang standing dengannya. Itulah dia pengorbanan dalam perjuangan"


Tersentak jiwaku ketika teringat kata-kata tersebut, otakku ligat mencari kekuatan yang terbit dicelah-celah kata tersebut.

Aduh, daifnya diriku ini selalu meletakkan kesalahan ke atas bahu yang lain sedangkan aku masih lagi mampu memikulnya.

Aku sentiasa menegakkan bahawa orang lainlah yang menjadi asbab aku terbeban sedangkan aku sendiri lalai dan sentiasa lupa kepada diri sendiri.

Dosa Yang Menghijab Amalan

"sesungguhnya didalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya, jika jahat daging itu maka jahatlah seluruhnya, ketahuilah daging itu adalah hati"


Begitulah rangkap hadith yang dituturkan oleh Rasulullah dalam menegaskan tentang kepentingan hati dalam mempengaruhi tindakan yang akan dizahirkan dengan tubuh badan, terutamanya dalam mengharungi kehidupan ini sebagai seorang pejuang.

Aku meneliti ayat hadith berkenaan, lalu aku mendapat satu jawapan dan kepastian tentang bentakkan jiwaku yang tidak keruan ini.

Mungkin kerana dosa yang sentiasa aku lakukan menjadikan jiwaku penuh dengan dosa dan noda yang diibaratkan seperti titik hitam yang akan mengisi hati.

Mungkin dalam sedar atau tidak aku sendiri seronok melakukan dosa berkenaan dan perbuatan itu berterusan dalam keadaan aku yang semakin lalai dan cuai.

Bukan soal dosa besar atau kecil yang telah aku lakukan, tetapi dosa sebesar manapun ia tetap dosa dan tidak disukai Allah.

Aku Ingin Kembali

"Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat( taubat nasuha)"


Dengan perlahan-lahan aku teringatkan ayat Al-Quran itu.

Walaupun ringkas, tetapi punyai maksud yang dalam dan menusuk hati para pencinta agama Allah.

Sesungguhnya manusia sentiasa melakukan dosa saban hari dan waktu, tetapi ingat, sebesar manapun kesilapan yang telah dilakukan,

Allah lebih tahu akan hikmahnya dan tiada perkara diatas dunia ini yang dapat menandingi sifat pengampun Allah.

Dalam keheningan malam itu, aku mengalirkan air mata, spontan tanganku angkat dan jari jemariku susun rapi menadah tangan dalam kerendahan hati seorang hamba yang tidak berupaya melainkan dengan izin darinya.

Ya Allah aku menadah tangan ini dengan penuh pengharapan, agar kau kurniakan aku kekuatan yang pernah Kau berikan pada Rasulullah,

Kekuatan hati yang kuat dan keazaman yang betul-betul mantap,

Aku seorang hamba yang hina dihadapanMu ya Allah,
Berilah aku hidayahMu untuk memandu jalanku ini,
Suluhlah jiwaku dengan suluhan Iman,
Perhiaskan diriku dengan sifat sabar,
Dan wangikan tubuhku dengan keringat jihad menujuMu,
Ya Allah, aku sedar aku tidak layak menuntut syurgamu,
Namun aku juga tidak mampu menghadapi murkaMu,
Ya Allah berilah kemulian kepadaKu dengan gugur SYAHID dijalanMU,

Sesungguhnya tiada yang lebih besar cita-citaku selain itu,
Ya Allah berikan sahabat seperjuanganku juga kekuatan,
Jangan biarkan mereka mati melainkan dalam perjuangan menegakkan agamaMU,
Sesungguhnya aku terlalu kasih dan cinta kepada mereka,
Ya Allah, pertemukan kami dengan kekasihMu iaitu Rasulullah,
Pertemukan kami dengan sahabat-sahabat baginda,
Dan pertemukan kami dengan para pejuang Islam yang istiqamah menyatakan kebenaran agamaMu,
Ya Allah, tuhan yang Maha Sempurna, perkenankanlah doaku ini...

Friday, 9 December 2011

BiCaRA sRikAndi....


"...Ya Allah, lindungilah aku. Ya Allah, ya Tuhanku...Ya Wahid, Ya Ahad, Ya Fardu, Ya Samad, pindahkanlah aku dari dunia realiti ini. Jauhkanlah aku daripada seksaan ini semuanya. Lindungilah aku. Tempatkanlah aku di khadirat-Mu. Selubungilah aku dengan ketenteraman-Mu. Pakaikan aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Anugerahkanlah kepadaku syahid pada jalan-Mu, hanya cinta pada-Mu, hanya redha pada-Mu, kasih sayang hanya pada-Mu. Teguhkanlah imanku, ya Allah. Teguhkanlah iman semua orang yang bergelar ahli tauhid..."
-As-Syahidah Zainab Al- Ghazali-

wAniTa IdAmaN...

 
...~~~Wanita idaman lelaki ialah,
 
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah,

yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
 
yang sentiasa haus dengan ilmu,

yang sentiasa dahaga akan pahala,

yang solatnya maruah dirinya,

yang tidak pernah takut untuk berkata benar,

yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,

yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah.

Wanita idaman lelaki ialah, 
yang menjaga tutur katanya, 
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,

yang mempunyai ramai kawan,

dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
 
Wanita idaman lelaki ialah,

wanita yang menghormati ibunya,

yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,

yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,

yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami Islam,

yang mengamalkan hidup penuh sederhana,

kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

 
Wanita idaman lelaki ialah ,

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,

yang hidup dibawah naungan Al Quran dan mencontohi sahabiyyat ,

yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,

yang menjaga matanya dari berbelanja ,

 
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Wanita idaman lelaki ialah ,

tidak pernah membazirkan masa,

matanya kepenatan kerana penat membaca ,

suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,

tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,

bangunnya subuh penuh kecergasan ,

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Wanita idaman lelaki ialah ,

yang sentiasa mengingati mati ,

yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,

yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,

agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,

meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .

Wanita idaman lelaki ialah ,

yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,

kerana dia mengimpikan syurga ,

di situlah rumah idamannya ,

dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "
~^_^~

Kuatkan Hatimu... Teruskan langkahmu...

 
Kebahagiaan…Biarlah ia sentiasa mengiriku Di saat aku jatuh,Di saat aku lemah..
Tak kan mudah ku mengalah Pada dugaan di dunia.Tak kan mudah ku rebah..
Pada cabaran yang mengasak jiwa,
 
Kerana Kekuatan adalah rinduku,Keberanian adalah cintaku,
Kesungguhan adalah kasihku.Hanya pada-Nya cinta yang abadi. 
Rinduku pada manusia tak segah rinduku padaNya,
Cintaku pada manusia tak segah cintaku padaNya,
Kasihku... 
Pada manusia tak segah kasihku padaNya,
Kerana kebahagiaan hanyalah padaNya,
Biarlah rinduku bertebaran Mencari destinasi pasti..
Dalam rinduku terselit nama-Mu,
Dalam cintaku tersimpan kasih-Mu
Dalam bahagiaku menggunung rahmat-Mu,.
Akan ku simpan kerinduan ini menjadi mahar
kebahagiaan,Hanyalah pada-Mu… =)